SUMBANGAN DANA WAKAF ILMU DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


SERDANG, 18 Mei 2019
Sumbangan Dana Wakaf Ilmu dan Majlis Berbuka Puasa bersama Canselor Universiti Putra Malaysia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid UPM. Universiti Putra Malaysia menerima sumbangan berjumlah RM1.25 juta melalui pelbagai agihan bagi dimanfaatkan institusi pengajian  tinggi tersebut. 

Dana disampaikan kepada Canselor UPM iaitu Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama DYMM Tuanku Canselor UPM di dataran Masjid UPM. 


Turut berangkat bersama beliau adalah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Baginda diiringi Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, Naib Canselor UPM, Profesor Datin Paduka Dato' Dr Aini Ideris dan pegawai kerajaan yang lain. 




Baginda turut menyerahkan sumbangan Zakat epada Tabung Amanah Zakat UPM bernilai RM24,000.


Sumbangan Hari Raya kepada Pelajar-pelajar UPM yang di sampai kan oleh Canselor UPM iaitu Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 


Pengacaraan simbolik penyerahan perisian dan mesin pencetak braille yang  bernilai RM40,000. 


Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sedang menuggu pengacara majlis habis berucap.

Comments

Popular posts from this blog

PROPA RAYA : KARNIVAL TERATAK GLAM RAYA 2019

HARI PERTAMA BAZAAR RAMADHAN .

HARI SARAPAN PAGI MALAYSIA BERSAMA MILO