Posts

Showing posts from May, 2019

PROPA RAYA : KARNIVAL TERATAK GLAM RAYA 2019

Image
SHAH ALAM, 25 mei 2019 ;  Setiap tahun menjelang syawal pasti akan ada karnival atau booth raya dibuka di merata tempat, tapi pada tahun ini propa raya karnival teratak glam dibuka di Stadium melawati Shah Alam.     Pintu masuk ke dalam Propa Raya Karnival Teratak Glam .   Kepelbagaian kedai yang berada di Karnival Teratak Raya. MC dimajlis tersebut sedang membuat sesi soal jawab, untuk pelanggan menang duit raya.  Makeup make over percuma kepada pelanggan yang ditaja oleh produk kosmetik Alha Alpha.

GEGAR GEMPAK RAYA 2019

Image
SERDANG, 26 MEI 2019;  program gegar gempak raya diadakan di Hall A MAEPS. acara sudah berjalan dari hari jumaat 24 Mei 2019  sehingga 26 Mei 2019, acara tersebut berlangsung selama 3 hari. Bermula dari pukul 12.01 AM ( jumaat ) sehingga 12.01 PM ( isnin ) . Pelbagai jenis jualan yang dijual disini, dan terdapat ramai celebriti yang hadir pada program ini.   Tutorial makeup by MakeUp artis Sha 'look' untuk hari pertama raya Cop Mood Republik sebelum masuk ke dalam Dewan.  Danny Xfactor sedang mempromote kurta nya kepada pelanggan.

SUMBANGAN DANA WAKAF ILMU DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Image
SERDANG, 18 Mei 2019 :  Sumbangan Dana Wakaf Ilmu dan Majlis Berbuka Puasa bersama Canselor Universiti Putra Malaysia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid UPM. Universiti Putra Malaysia menerima sumbangan berjumlah RM1.25 juta melalui pelbagai agihan bagi dimanfaatkan institusi pengajian  tinggi tersebut.  Dana disampaikan kepada Canselor UPM iaitu Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama DYMM Tuanku Canselor UPM di dataran Masjid UPM.  Turut berangkat bersama beliau adalah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan  Baginda diiringi Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, Naib Canselor UPM, Profesor Datin Paduka Dato' Dr Aini Ideris dan pegawai kerajaan yang lain.  Baginda turut menyerahkan sumbangan Zakat epada Tabung Amanah Zakat UPM bernilai RM24,000. Sumbangan Hari Raya kepada Pelaja...

HARI PERTAMA BAZAAR RAMADHAN .

Image
BAZAAR RAMADHAN TAMAN EQUINE  ramai yang memantikan bulan penuh bermakna ini kerana bulan ramadhan ini cuma ada sebulan dalam setahun, ramai yang merebut untuk berbuat baik dibulan yang mulia ini, malah bulan ini juga dinanti kan kerana mempunyai satu keunikan iaitu bazaar ramadhan. bukan orang muslim sahaja yang menyukai bazaar ramadhan tetapi yang bukan muslim juga menarik dengan bazaar ramadhan dan menantikan juga.  bazaar ramadhan tidak sama dengan pasar malam atau night market yang selalu kita pergi dibulan-bulan yang lain, bazaar ramadhan mempunyai keunikan dan 'feel' nya sendiri.  Hari pertama bazaar ramadhan , saya mengunjungi bazaar ramadhan Taman Equine,Seri Kembangan. Sempena kedatangan bulan ramadhan ini, sudah tentu bazaar ramadhan menjadi kunjungan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa.   gerai ini menjadi tumpuan utama kerana lauk pauk nya yang banyak dan  sedap. terlalu banyak pilihan lauk yang...

MARHABAN YA RAMADHAN

Image
PROGRAM MARHABAN YA SAHABAT, YA RAMADAN  (Barzanji, Marhaban & Qasidah Burdah) Unisel Bestari Jaya, 1 May 2019  Marhaban di ketuai oleh Shahrul dan diikuti oleh yang lainnya.   majlis tadarus dimulakan dengan bacaan dari pelajar bernama asraf dan khairul. Sebelum memulakan tadarus, mereka memulakan dengan bacaan doa.  Majlis di teruskan dengan bacaan tadarus al-quran oleh pihak lelaki yang di wakili oleh Radzi .